Klik & Ambil
Dengan Klik dan ambil IKEA, anda mempunyai kuasa untuk memilih. Pesan dalam talian pada bila masa, dan pilih masa serta tempat yang anda mahu untuk mengambil item anda. Anda boleh memilih untuk mengambil pesanan anda dari gedung IKEA berhampiran anda atau di pusat pengambilan. Kami akan mengumpulkan item anda, supaya anda boleh meluangkan lebih banyak masa untuk memasang dan kurang masa membeli-belah. Dan jika anda tidak berkesempatan, kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran.

Pilihan & harga klik dan ambil
Klik & Ambil PERCUMA
Beli produk kegemaran anda dalam talian dan ambil barang anda di gedung secara PERCUMA tanpa perbelanjaan minimum.
Cara-cara untuk mengambil item anda di gedung IKEA
- Pilih perkhidmatan ‘Klik & Ambil’ kami di halaman semak keluar dan untuk mengambil, pilih gedung pilihan anda.
- Anda akan menerima pengesahan pesanan melalui e-mel berserta nombor pesanan dan invois.
- Sila tunggu e-mel kedua yang memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah sedia untuk diambil. Anda boleh mengambil pesanan tersebut di tempat pengambilan di gedung pilihan anda antara 10:00 pg.– 8:00 mlm.
- Sila ambil dalam tempoh 2 hari selepas pemberitahuan e-mel diterima. Pesanan akan terbatal secara automatik dan dibayar balik sekiranya tidak diambil selepas 2 hari.
Gedung IKEA | Tempat pengambilan |
---|---|
IKEA Damansara | Kaunter pengambilan barangan (Kaunter 5), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat G. |
IKEA Cheras | Kaunter pengambilan Klik & Ambil di Tingkat B1. |
IKEA Tebrau | Kaunter pengambilan barangan, kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1. |
IKEA Batu Kawan | Kaunter pengambilan barangan (Kaunter 7), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1. |
Ambil di pusat pengambilan IKEA
- Ipoh, Melaka, Kuantan, Terengganu:
RM49 (tidak termasuk 6% SST) - Kuching:
1 - 50 pcs: RM10 (tidak termasuk 6% SST)
51 - 100 pcs: RM20 (tidak termasuk 6% SST)
101 - 150 pcs: RM30 (tidak termasuk 6% SST)
151 – 200 pcs: RM40 (tidak termasuk 6% SST)
201 pcs & above: RM50 (tidak termasuk 6% SST)
Cara-cara untuk mengambil item anda di pusat pengambilan IKEA
- Pilih perkhidmatan ‘Klik & Ambil’ kami di halaman semak keluar dan pilih pusat pengambilan pilihan anda untuk mengambil.
- Anda akan menerima pengesahan pesanan melalui e-mel berserta nombor pesanan dan invois.
- Sila tunggu e-mel kedua yang memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah sedia untuk diambil. Anda boleh mengambil pesanan tersebut di pusat pengambilan pilihan anda antara 10:00 pg.– 8:00 mlm.
- Setelah menerima notifikasi pengambilan, para pelanggan dikehendaki megambil pesanan dalam tempoh 5 hari.
Lokasi pusat pengambilan IKEA di Semenanjung & Malaysia Timur
Lokasi | Alamat | Waktu operasi |
---|---|---|
Kuantan | L-01 (FB 1), TMG BIM Mall, Jalan IM/7/14, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan, Pahang. | Isnin - Ahad: 10 pg - 6 ptg (Tutup pada hari Selasa & cuti umum) |
Ipoh | Lot E-5, Medan Botani, Pusat Komersial Botani Village, Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani, 31350 Ipoh, Perak | Isnin - Sabtu: 10 pg - 6 ptg (Tutup pada hari Ahad & cuti umum) |
Melaka | 18, Jalan Melaka Raya 18, 75000 Melaka. | Isnin - Ahad: 10 pg - 6 ptg (Tutup pada hari Selasa & cuti umum) |
Terengganu | Lot 3766A, Jalan Salak Chabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu | Khamis - Sabtu: 10 pg - 6 ptg |
Kuching | Hexagon High Transport, 922, Jalan Demak Laut 3, Kuching, Sarawak. | Isnin - Khamis: 9 pg - 5 ptg (Rehat: 12 ptg - 1 ptg) | Jumaat: 9 pg - 5 ptg (Rehat: 12 ptg - 2 ptg) | Sabtu: 9 pg - 12 ptg (Tutup pada hari Ahad & Cuti Umum) |