Perkhidmatan penghantaran
Kebanyakan produk kami dipek secara leper dan direka bentuk sedemikian rupa supaya mudah dimuatkan ke dalam kereta anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk pembelian anda dihantar ke rumah, kami mempunyai pelbagai pilihan penghantaran untuk anda pilih semasa membeli-belah di IKEA.my atau di gedung IKEA berdekatan anda.
Jika anda membuat pesanan dalam talian, kami menawarkan pilihan penghantaran berikut. Penghantaran boleh dilakukan pada hari selepas anda membuat pesanan secara dalam talian, tertakluk pada ketersediaan.

Pilihan penghantaran & harga
Penghantaran bungkusan
Harga penghantaran bungkusan ke Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak
0 - 3kg: RM10 (tidak termasuk 6% SST)
3 - 25kg: RM25 (tidak termasuk 6% SST)
25 - 40 kg: RM49 (tidak termasuk 6% SST)
Maklumat penghantaran bungkusan:
- Penghantaran ke kawasan metropolitan akan mengambil masa 3 - 5 hari bekerja manakala penghantaran ke kawasan di luar metropolitan akan mengambil masa 6 hari kerja.
- Pesanan dengan jumlah berat sehingga 40 kg, isi padu 84 liter dan sisi terpanjang item tidak melebihi 1.8 meter.
Penghantaran trak
Harga penghantaran bungkusan ke Semenanjung Malaysia
Zone A: RM98 (tidak termasuk 6% SST)
Zone B: RM163 (tidak termasuk 6% SST)
Zone C: RM258 (tidak termasuk 6% SST)
Maklumat penghantaran trak:
- Untuk Semenanjung Malaysia, penghantaran biasanya mengambil masa 2-5 hari dari tarikh pesanan.
- Untuk 150 unit pertama; 150 unit seterusnya akan dikenakan kadar dua kali ganda.
- Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penghantaran ke Semenanjung Malaysia
Harga penghantaran bungkusan ke Sabah & Sarawak
1 - 50 pcs: RM49 (tidak termasuk 6% SST)
51 - 100 pcs: RM98 (tidak termasuk 6% SST)
101 - 150 pcs: RM147 (tidak termasuk 6% SST)
151 – 200 pcs: RM196 (tidak termasuk 6% SST)
201 pcs & ke atas: RM245 (tidak termasuk 6% SST)
Maklumat penghantaran trak:
- Untuk zon dalam Kuching, penghantaran akan tiba dalam masa 10 hari. Untuk kawasan di luar Kuching, termasuk Sibu, Miri, Bintulu, dan Kota Kinabalu (KK), penghantaran akan mengambil masa sehingga 2 minggu.
- Kami tidak menyediakan penghantaran Trak & Bungkusan ke pulau-pulau lain dan alamat peti PO.
Membeli-belah di gedung IKEA berdekatan dengan anda
Semasa berada di gedung kami, anda mempunyai pelbagai pilihan bagi membawa pulang pembelian anda. Penghantaran kami bukan setakat ke pintu rumah anda, kami hantar sehingga ke ruang yang diingini.
Ketahui lebih lanjut mengenai butiran penghantaran zon bagi setiap gedung IKEA: Batu Kawan, Cheras & Damansara, Tebrau